Hulu Klang : Pelakon dan pelawak veteran, AR Badul mengakui tidak mempunyai keserasian untuk bergandingan dalam mana-mana naskhah bersama pelakon dan pengarah, Adlin Aman Ramlie.

Bagaimanapun, AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 77, berkata, hubungan mereka berada dalam keadaan baik tanpa sebarang permusuhan.

"Saya memang tak ada 'chemistry' (keserasian) dengan dia. Rasa panas sahaja. Saya pun tak tahu kenapa. Tapi saya tak ada gaduh dengan dia.

"Instinct (naluri) dia saya dapat rasa frekuensi kami tak sampai. Ibaratnya telefon dekat, tapi nak hubungi tak dapat," katanya ketika ditemui di program Tribute Penghargaan Tokoh Veteran Negara sempena FFM35, di sini, semalam.