WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu menyifatkan perang di Iran sebagai tindakan yang berbaloi meskipun terpaksa menanggung kesan politik dan ekonomi, susulan kekalahan Parti Republikan dalam pilihan raya pertengahan penggal.
Beliau menegaskan AS tiada pilihan selain mengambil tindakan ketenteraan bagi menghalang Tehran daripada memperoleh senjata nuklear, lapor Anadolu Ajansi.
Ketika ditanya sama ada beliau berpendapat konflik itu berbaloi, Trump menjawab: "Ya, saya rasa begitu. Maksud saya, kita tiada pilihan".
"Kita terpaksa mengambil tindakan terhadap Iran dan tindakan itu masih diteruskan," kata beliau.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2Fdcdd1306f083c6b94a7cfb86ffdb2c12.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

