MELAKA: AMANAH tidak mengkhususkan jumlah kemenangan kerusi pada PRN Melaka tetapi mahu sebanyak mungkin daripada tujuh kawasan ditandingi.
Ia termasuk mempertahankan kerusi Bukit Katil disandang Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari.
Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata parti itu turut menaruh harapan tinggi untuk merampas beberapa kerusi lain termasuk Durian Tunggal, Merlimau dan Kuala Linggi.
Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan serta maklum balas diterima sepanjang turun padang mengikuti perkembangan kempen di kawasan ditandingi calon AMANAH.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2Fdcdd1306f083c6b94a7cfb86ffdb2c12.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

