WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagi membincangkan bila dan sama ada operasi ketenteraan terhadap Iran perlu dipertingkatkan, lapor media AS pada Ahad.

Axios memetik seorang pegawai AS dan seorang pegawai Israel sebagai berkata, kedua-dua pemimpin itu membincangkan perkembangan rundingan dengan Republik Islam Iran pada Sabtu.

Netanyahu dilaporkan mendesak Trump melancarkan serangan ke atas Iran sejurus selepas pilihan raya pertengahan penggal AS yang bermula Selasa, manakala Trump mahu memberi peluang kepada rundingan untuk diteruskan.

Sumber Israel menyifatkan perbualan itu sebagai tegang, manakala sumber AS menggambarkannya sebagai terus terang, menurut Axios.