WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengaku perang yang diarahkan olehnya terhadap Iran sebahagiannya menjadi punca kekalahan besar Parti Republikan pimpinannya dalam pilihan raya pertengahan penggal semalam.
Masih belum jelas langkah yang akan diambil Trump selepas kedudukannya melemah dari segi politik apabila Demokrat berjaya menguasai kedua-dua Senat dan Dewan Perwakilan dalam pengundian Selasa.
Pemimpin AS itu juga masih terperangkap antara keinginan menamatkan perang dengan Iran menerusi diplomasi yang melonjakkan harga petrol secara mendadak bagi pengundi Amerika dan ancamannya untuk menamatkan terus konflik dengan Teheran.
“Trump kini berada dalam keadaan tersepit. Peningkatan ketegangan tidak menawarkan laluan jelas kepada kemenangan dan berisiko semakin merosakkan kepresidenannya, manakala diplomasi menawarkan kemungkinan jalan keluar,” kata Felo Kanan Bukan Pemastautin di Pusat Dasar Antarabangsa, Sina Toosi.









