Pelabuhan Klang: Kementerian Kewangan perlu mempertimbangkan penyediaan lebih banyak insentif bagi menarik syarikat antarabangsa menjadikan Malaysia sebagai hab pusat pengedaran global mereka.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pelaburan seumpama itu bukan sahaja mampu memperkukuh sektor logistik negara, malah mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana manfaat ekonomi lebih luas.
Beliau berkata, industri berkenaan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara dan wajar diberi perhatian menerusi insentif bersesuaian.
"Industri ini sangat penting. Kita berharap Kementerian Kewangan dapat mengiktiraf kepentingannya kepada negara dan menyediakan lebih banyak insentif bagi menarik jenama global menubuhkan pusat pengedaran mereka di Malaysia," katanya pada majlis pembukaan Pusat Pengedaran Global Daiso di sini, hari ini.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2Fdcdd1306f083c6b94a7cfb86ffdb2c12.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)