Melaka: Parti Amanah Negara (AMANAH) menyasarkan kemenangan sebanyak mungkin daripada tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk berazam mempertahankan kerusi Bukit Katil disandang Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari.
Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkat parti itu turut menaruh harapan tinggi untuk merampas beberapa kerusi lain termasuk Durian Tunggal, Merlimau dan Kuala Linggi.
Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan serta maklum balas diterima sepanjang turun padang mengikuti perkembangan kempen di kawasan ditandingi calon AMANAH.
"Kita sangat mengharapkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan berulang di Bukit Katil dan daripada tujuh kerusi yang kita tandingi, saya mengharapkan kita akan menang sebanyak mungkin, terutama di Durian Tunggal serta beberapa kerusi lain seperti Merlimau dan Kuala Linggi," katanya selepas menyaksikan Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) projek Blok Wad Wanita dan Kanak-Kanak Hospital Melaka di sini, hari ini.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2Fdcdd1306f083c6b94a7cfb86ffdb2c12.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)