KANGAR – Dua pemuda warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang anggota risik Maritim Malaysia (APMM) ketika operasi membanteras penyeludupan migran di perairan Sungai Padang, dekat Kuala Perlis minggu lalu.

Kedua-dua tertuduh, Pradit Rimat, 22, dan Rotchahan Tehpuyu, 21, yang berasal dari Wilayah Satun, Thailand hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa secara bersama mencapai niat melakukan pembunuhan terhadap Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41, yang bertugas di Unit Perisikan Ibu Pejabat Maritim Kedah dan Perlis.