PATTANI: Institusi pengajian tinggi (IPT) perlu memperkukuh peranan sebagai benteng pendidikan dalam membina kefahaman agama yang tepat dan sederhana bagi mengelakkan mahasiswa terpengaruh dengan fahaman ekstremis.

Dekan Fakulti Sains Islamik, Prince of Songkla University (PSU), Prof Dr Suthisak Duereh, berkata pendidikan agama perlu disampaikan berasaskan kefahaman sebenar, selain menggalakkan mahasiswa memahami kepelbagaian masyarakat dan menghormati perbezaan pandangan.

"Tanggungjawab universiti bukan sekadar melahirkan graduan berpengetahuan tetapi memastikan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk membina hubungan baik dalam masyarakat.

"Dalam hal ini, universiti mengadakan program seperti menghantar tenaga pengajar ke kawasan masyarakat bagi membina kefahaman agama, mengadakan kursus kepada imam serta membantu meningkatkan kefahaman mengenai ajaran Islam.