KUALA LUMPUR: SD Guthrie Bhd (Guthrie) merekodkan lonjakan keuntungan bersih sebanyak 16 peratus kepada RM2.3 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2026 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Guthrie berkata, prestasi itu membolehkan kumpulan berada di landasan kukuh untuk mencatatkan prestasi memberangsangkan bagi tahun penuh 2026, didorong peningkatan sumbangan keuntungan sebelum faedah dan cukai (PBIT) daripada segmen huluan global, pertengahan dan pembangunan perindustrian.

Bagi suku ketiga berakhir 30 September 2026, Guthrie merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM773 juta.

Kumpulan itu berkata, pengeluaran buah tandan segar (BTS) meningkat lapan peratus tahun ke tahun manakala purata harga jualan direalisasikan minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit (PK) masing-masing meningkat tiga peratus dan tujuh peratus kepada RM4,340 dan RM3,342 bagi setiap tan metrik.