Peningkatan pengeluaran, harga komoditi berdaya tahan serta sumbangan lebih besar daripada pembangunan perindustrian menjadi pemacu utama prestasi SD Guthrie. (Gambar SD Guthrie)PETALING JAYA: SD Guthrie mencatatkan keuntungan bersih RM2.32 bilion bagi sembilan bulan pertama berakhir 30 Sept 2026, meningkat 16% berbanding RM2.01 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Dalam kenyataan, SD Guthrie berkata kumpulan itu kekal berada di landasan mencatat prestasi kukuh bagi keseluruhan tahun ini, didorong peningkatan sumbangan keuntungan sebelum faedah dan cukai (PBIT) daripada segmen huluan, pertengahan (midstream) dan pembangunan perindustrian.

PBIT keseluruhan meningkat 13% kepada RM3.25 bilion daripada RM2.89 bilion, walaupun hasil kumpulan menyusut 2% kepada RM15.03 bilion.