Timbalan Presiden MIC M Saravanan mencadangkan kandungan modul itu diserapkan ke dalam waktu pengajaran pendidikan moral sedia ada tanpa menjejaskan masa pembelajaran bahasa Tamil. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang pemimpin India membantah cadangan mengurangkan waktu pengajaran bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dari 12 kepada 10 waktu seminggu menerusi penyusunan semula kurikulum persekolahan 2027.

Timbalan Presiden MIC, M Saravanan, berkata pengurangan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan guru, ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat India yang bimbang terhadap masa depan pendidikan bahasa ibunda berkenaan.

Saravanan berkata, beliau sudah menghantar surat kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, pada 4 Nov bagi membantah cadangan itu, dengan salinan turut dikemukakan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.