Los Angeles : Bintang Hollywood, Johnny Depp dilapor memberi bayangan sedia kembali membawa watak ikonik Kapten Jack Sparrow dalam filem keenam francais Pirates of the Caribbean, namun, atas alasan tersendiri.
Ketika ditemubual Entertainment Tonight sempena siri promosi filem terbaharunya, Ebenezer, calon Anugerah Akademi (Oscar) itu tidak mengesahkan sama ada akan kembali menyarung kostum lanun berkenaan.
Bagaimanapun, Depp tidak menolak sebarang tawaran daripada sahabatnya yang juga penerbit francais berkenaan, Jerry Bruckheimer.
"Jika segala-galanya berada pada kedudukan tepat, khususnya dari segi bagaimana mereka mahu menamatkan francais Pirates, satu-satunya penglibatan yang benar-benar saya mahukan adalah untuk memberikan pengakhiran yang lebih baik kepada francais ini.








