KOTA BHARU - Ugutan daripada sindiket penyeludupan tidak akan menghentikan operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), malah agensi itu akan mempertingkatkan penggunaan aset dan penugasan anggota bagi membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui perairan negara.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Mohd Zawawi Abdullah berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang ancaman kerana usaha membanteras jenayah rentas sempadan adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Menurut beliau, pihaknya akan meneruskan operasi yang dirancang selain mempergiat tindakan berdasarkan maklumat risikan bagi mengekang kegiatan berkenaan."Walaupun apa juga ugutan, pelaksanaan tugas, tanggungjawab dan amanah tetap akan dilaksanakan."Kita akan mempertingkatkan lagi operasi termasuk dari segi aset serta penugasan anggota berdasarkan maklumat yang diterima," katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Penutupan Operasi Redback 23/2026 di sini pada Khamis.Mengulas lanjut, beliau memberitahu, ancaman penyeludupan bukan hanya tertumpu di perairan Kelantan, sebaliknya turut berlaku di kawasan sempadan maritim negeri lain termasuk Kedah, Perlis dan Sabah.Ujarnya, kawasan perairan Selat Melaka juga berdepan risiko sama berikutan kedudukan negara jiran yang tidak jauh dari perairan Malaysia.Menurut Mohd Zawawi, ancaman jenayah rentas sempadan turut merangkumi penyeludupan dadah dan barangan kontraban yang sememangnya berada dalam skop penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Ugutan tak gentarkan Maritim Malaysia, aset operasi dipertingkat

Key takeaways
Maritim Malaysia tidak akan terhenti oleh ancaman sindiket penyeludupan dan akan mempertingkatkan aset serta penugasan anggota untuk mengekang PATI dan jenayah rentas sempadan di pelbagai perairan negara.
- Agensi akan mempertingkatkan operasi dan aset untuk menanggulangi penyeludupan PATI.
- Ancaman penyeludupan meluas ke perairan Kelantan, Kedah, Perlis, Sabah dan Selat Melaka.
- Operasi juga merangkumi penguatkuasaan terhadap dadah dan barangan kontraban.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Operasi Maritim Malaysia rekod 872 tangkapan tahun ini
- Utusan Malaysia Operasi Maritim Malaysia rekod 872 tangkapan
- Sinar Harian Ugutan tak gentarkan Maritim Malaysia, aset operasi dipertingkat (this story)








