NAMA Datuk Wazata Zain cukup sinonim dengan dunia hiburan kanak-kanak tanah air menerusi rancangan popular RTM, Cumi dan Ciki lebih empat dekad lalu.Selain memainkan watak di sebalik patung haiwan Tok Waja, beliau juga bertanggungjawab menulis skrip untuk rancangan tersebut yang pernah mencetuskan fenomena dalam kalangan penonton cilik.Wazata, 87, berkata, hari-harinya kini diisi dengan aktiviti sederhana di rumah teres dua tingkat yang didiaminya sendirian di Taman Pelangi, Rawang."Walaupun tinggal sendirian, dua anak saya tinggal bersebelahan rumah saya."Selepas isteri meninggal dunia, rutin harian saya banyak diisi dengan membaca al-Quran dan ke masjid untuk menunaikan solat," katanya ketika ditemui sempena Program Ziarah Kasih anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sahabat Amal Selangor dan Prihatin.Pelopor teknik ventrilokuis atau seni menghasilkan suara tanpa menggerakkan bibir itu berkata, beliau tidak lagi aktif berlakon seperti dahulu.Keistimewaan beliau ialah kebolehan menghasilkan sehingga tujuh karakter suara berbeza tanpa menggerakkan bibir, kemahiran yang dipersembahkan menerusi watak ikonik Chot dan Tok Waja.Sebelum melibatkan diri sepenuhnya dalam dunia hiburan selepas menyertai pertandingan Bakat RTM 1974, Wazata merupakan seorang guru lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).Beliau turut mencipta nama apabila menjuarai kategori lawak jenaka berpasangan bersama Ishak Junid, kejayaan yang membuka ruang lebih luas dalam kerjaya seninya.Selain terkenal sebagai pelawak dan penghibur kanak-kanak, beliau juga pernah membintangi beberapa filem tempatan termasuk Toyol (1980), Perawan Malam (1988) dan Juara (1991)."Filem terakhir saya ialah Syurga Cinta pada tahun 2009 yang menampilkan Awal Ashaari dan Heliza Helmi sebagai pelakon utama."Dalam usia begini, saya lebih banyak berehat tetapi masih mengikuti perkembangan dunia seni tanah air termasuk bidang lawak jenaka," katanya.Wazata yang masih sihat dan mampu memandu sendiri berkata, beliau pernah mengalami serangan angin ahmar ringan pada 2018 namun kesihatannya kini berada dalam keadaan baik.Bapa kepada tujuh cahaya mata itu turut mengakui meminati kumpulan Sepah, yang disifatkannya mempunyai bakat semula jadi dalam menghasilkan lawak yang dekat dengan masyarakat.Menurutnya, bidang lawak jenaka bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan latihan, disiplin dan persediaan rapi sebelum sesuatu persembahan dipentaskan."Pelawak dahulu dan sekarang berbeza. Pelawak sekarang lebih bebas mengolah idea sendiri ketika membuat persembahan."Zaman kami dahulu seperti AR Badul, R Jaafar dan Param, kami perlu berlatih sehingga tiga hari mengikut skrip sebelum membuat persembahan," katanya.
Wazata Zain selesa tinggal bersendirian

Key takeaways
Datuk Wazata Zain, 87, bekas pelopor ventriloquist dalam rancangan kanak-kanak RTM, kini hidup bersendirian di Rawang, mengisi hari dengan membaca al‑Quran, solat dan aktiviti sederhana.
- Wazata Zain terkenal melalui program Cumi dan Ciki serta watak Tok Waja selama lebih empat dekad.
- Selepas isteri meninggal, dia tinggal sendirian di rumah teres dua tingkat di Taman Pelangi, Rawang.
- Dia tidak lagi berlakon, tetapi masih dikenali atas kebolehan menghasilkan tujuh suara tanpa menggerakkan bibir.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SINAR HARIAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Amir Ahnaf takut tinggal bersendirian
- Sinar Harian Wazata Zain selesa tinggal bersendirian (this story)







