KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta menggantung tugas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga siasatan berhubung dakwaan penerimaan wang RM350,000 yang dikaitkan dengannya selesai.Permohonan itu dikemukakan Affendy Zainan Karap atau lebih dikenali Jebat Derhaka menerusi satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi memastikan proses siasatan berjalan secara bebas, telus dan tanpa sebarang konflik kepentingan.Affendy berkata, permohonan itu susulan laporan polis yang dibuatnya pada 29 Oktober lalu berhubung dakwaan berkenaan, selain merujuk laporan polis terdahulu bertarikh 11 Oktober 2026 oleh seorang individu yang menyatakan dirinya sebagai pegawai siasatan SPRM.Menurutnya, dalam laporan berkenaan, pegawai siasatan SPRM itu menyatakan penerimaan wang RM350,000 itu benar dan menggesa polis menyiasat perkara tersebut.Bagaimanapun, Affendy menegaskan dakwaan berkenaan perlu disiasat dan disahkan melalui penelitian dokumen, keterangan saksi serta aliran wang berkaitan, bukannya dianggap sebagai bukti bahawa kesalahan telah dilakukan.Beliau turut meminta pihak penyiasat mengesahkan maklumat mengenai dakwaan seorang ahli politik yang dikaitkan dengan penyerahan wang berkenaan pernah memberikan pengakuan kepada SPRM, selain meneliti laporan yang dikatakan dibuat Presiden Malaysia Corruption Watch (MCW), Jais Abdul Karim.Affendy berkata, kedudukan sebagai pegawai kanan agensi antirasuah boleh menimbulkan kebimbangan terhadap kebebasan siasatan sekiranya beliau terus mempunyai akses kepada pejabat, dokumen, sistem dalaman dan kakitangan yang mungkin berkaitan dengan kes berkenaan.Menurutnya, penggantungan tugas sementara bukan bermaksud menghukum atau mengisytiharkan seseorang bersalah, sebaliknya langkah pencegahan bagi mengelakkan konflik kepentingan, memelihara bukti serta melindungi saksi dan pegawai penyiasat daripada sebarang tekanan.Sehubungan itu, beliau turut menggesa siasatan dikendalikan pasukan bebas tanpa konflik kepentingan, mengehadkan akses pegawai berkenaan kepada urusan rasmi berkaitan siasatan serta memastikan saksi dilindungi daripada gangguan atau tindakan balas.Affendy berkata, kerajaan perlu membuktikan komitmen terhadap agenda integriti dan tatakelola dengan memastikan prinsip ketegasan membanteras rasuah terpakai kepada semua pihak tanpa mengira pangkat atau kedudukan, selain menjelaskan perkembangan dan hasil siasatan kepada masyarakat setakat yang dibenarkan undang-undang.
Gantung tugas pegawai kanan SPRM sehingga siasatan selesai – Affendy

Key takeaways
Kerajaan diminta menggantung tugas pegawai kanan SPRM, Affendy Zainan Karap, kerana dakwaan penerimaan RM350,000, supaya siasatan bebas dan tidak terjejas.
- Affendy memohon penggantungan tugas melalui memorandum kepada Perdana Menteri.
- Dakwaan berkaitan RM350,000 dikaitkan dengan laporan polis 29 Oktober dan 11 Oktober 2026.
- Penggantungan tugas bertujuan mengelakkan konflik kepentingan dan melindungi bukti serta saksi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SINAR HARIAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Dua bekas pegawai kanan TH didakwa tipu pembayaran hibah RM3.3 bilion
- Berita Harian Matang gantung tugas CFO sementara siasatan dalaman
- Free Malaysia Today Elaun guru kanan perlu ikut beban tugas, bukan gred sekolah
- Sinar Harian Gantung tugas pegawai kanan SPRM sehingga siasatan selesai – Affendy (this story)







