Kuala Lumpur: Perebutan tiket ke final Piala FA semakin hangat dengan persoalan mengenai dua pasukan yang akan melangkah ke pentas akhir bakal terjawab selepas aksi separuh akhir kedua, Ahad ini.

Berdasarkan kedudukan agregat ketika ini, juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) mendahului DPMM FC 2-0, manakala Selangor berkelebihan 2-1 ke atas Kuching City hasil kemenangan pada aksi pertama, 23 Oktober lalu.

Pengendali Selangor, Kim Pan Gon menegaskan betapa pasukannya amat mengidamkan untuk mara ke final kejohanan itu musim ini, sekali gus menjadi hadiah buat penyokong setia Gergasi Merah.

Namun, pengendali dari Korea Selatan itu mengakui pasukannya bakal berdepan tugas sukar menentang Kuching City pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Taha Ariffin, Kuching.