LONDON: Seorang lelaki warga Britain di Republik Demokratik Congo akan dibawa pulang ke United Kingdom (UK) untuk mendapatkan rawatan selepas disahkan positif Ebola, lapor Press Association/dpa, memetik kenyataan kerajaan UK.

Kira-kira 5,000 orang meninggal dunia dalam wabak penyakit yang jarang berlaku namun membawa maut itu, yang sedang melanda DRC di Afrika Barat.

Pesakit itu dijangka diterbangkan pulang ke Britain melalui proses pemindahan perubatan namun tarikh penerbangan itu belum dipastikan.

Seorang jurucakap kerajaan berkata: "Seorang warganegara Britain yang kini berada di Republik Demokratik Congo sudah disahkan positif Ebola.