PORT DICKSON: Sebanyak 8,511 kilogram karkas babi dan 22 babi hidup dianggarkan bernilai lebih RM330,000, dirampas Jabatan Perkhidmatan Veterinar di sebuah premis di Sungai Rambai, di sini, petang semalam.

Jabatan itu dalam kenyataannya berkata, serbuan menerusi Ops Black Swine pada jam 2 petang itu, susulan premis disyaki menjalankan kegiatan penyembelihan babi di tempat tidak sah.

Kenyataan itu berkata, operasi membabitkan 15 kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan sembilan pegawai serta anggota polis.

"Hasil operasi, pihak penguat kuasa merampas karkas babi seberat 8,511 kg bernilai RM297,885.00 dan 22 babi hidup bernilai RM33,000," katanya.