JELEBU – Isu peletakan jawatan imam di daerah ini dijangka berpanjangan apabila terdapat usaha untuk mengemukakan memorandum bantahan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berhubung arahan menyebut nama Undang Luak Jelebu dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Seorang imam yang enggan dikenali berkata, memorandum itu sedang diusahakan untuk mendapatkan sokongan dan tandatangan imam kariah di Je­lebu sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa agama negeri.

Menurutnya, antara tuntutan utama memorandum itu supaya JHEAINS menarik semula arahan tersebut bagi mengelakkan pertikaian yang sedang berlaku menjejaskan keharmonian institusi masjid dan hubungan jemaah.

“Memorandum bantahan terhadap arahan membaca doa dalam khutbah kedua akan dihantar. Tuntutan kami supaya JHEAINS mena