PUTRAJAYA – Malaysia kini berada dalam kelompok 14 destinasi pendidikan tinggi utama dunia (Big 14), sebaris dengan negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, Jepun dan China.Lebih membanggakan, negara merekodkan pertumbuhan ketiga tertinggi dalam kelompok berkenaan apabila mencatatkan peningkatan sebanyak 70 peratus dalam tempoh lima tahun.Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Malaysia turut merekodkan pertumbuhan 16 peratus tahun ke tahun dengan jumlah keseluruhan 159,100 pelajar antarabangsa."Siapa sangka, Malaysia kini berdiri sebaris dengan kuasa-kuasa besar pendidikan tinggi dunia," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Khamis.Menurutnya, pencapaian itu mencerminkan peningkatan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap keupayaan negara sebagai destinasi pilihan untuk melanjutkan pengajian."Jawapannya cukup jelas. Kita menawarkan pendidikan tinggi yang berkualiti pada kos yang berpatutan. Inilah kekuatan Malaysia yang semakin mendapat perhatian dunia," ujar beliau.Menurutnya, kejayaan itu bukan sekadar membabitkan angka atau kedudukan, sebaliknya pengiktirafan terhadap keupayaan universiti tempatan, kualiti ahli akademik serta kekuatan ekosistem pendidikan tinggi negara.Zambry berkata, Malaysia sebelum ini lebih dikenali sebagai negara yang menghantar pelajar ke luar negara, namun kini semakin menjadi pilihan pelajar antarabangsa untuk mendapatkan pendidikan berkualiti."Inilah cita-cita besar kita. Menjadikan Malaysia sebuah negara yang bukan sahaja menghantar anak bangsanya menimba ilmu ke seluruh dunia, tetapi turut menjadi tempat dunia datang mencari ilmu," ujar beliau.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada seluruh warga pendidikan tinggi negara atas pencapaian berkenaan dan berharap momentum itu dapat diteruskan bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi antarabangsa.
Malaysia sebaris 14 destinasi pendidikan tinggi utama dunia

Key takeaways
Malaysia masuk ke dalam 14 destinasi pendidikan tinggi utama dunia, mencatat pertumbuhan ketiga tertinggi dengan peningkatan 70% dalam lima tahun dan 16% tahun ke tahun, menampung 159,100 pelajar antarabangsa.
- Malaysia berada dalam kelompok Big 14 bersama negara maju seperti AS, UK, Kanada, Australia, Jepun dan China.
- Pertumbuhan ketiga tertinggi dalam kelompok tersebut, naik 70% dalam lima tahun dan 16% tahun ke tahun.
- Jumlah pelajar antarabangsa mencapai 159,100 pada tahun ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Berita Harian Tukaran mata wang pengaruhi destinasi pelancong Malaysia
- Sinar Harian Malaysia sebaris 14 destinasi pendidikan tinggi utama dunia (this story)







