KOTA MELAKA - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Poo Long Suan memilih pendekatan turun padang dan bersalaman dengan seramai mungkin pengundi berbanding mengejar populariti di media sosial dalam usaha memperkenalkan dirinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.Menurutnya, media sosial penting tetapi bukan segala-galanya dalam kempen pilihan raya kerana platform itu lebih cenderung menjangkau kelompok masyarakat tertentu dalam dunia maya, sedangkan hubungan dengan pengundi perlu dibina menerusi pertemuan secara bersemuka."Saya lebih kepada usaha untuk berjumpa seramai mungkin pengundi dan berinteraksi dengan ikhlas. Kita jumpa mereka, bersalaman dan mendengar keadaan mereka, sama ada ada masalah atau keluhan yang mahu dikongsikan."Itu lebih realiti berbanding kita mempunyai banyak tanda suka (like) di media sosial. Daripada berusaha mendapatkan tanda suka itu, lebih baik kita berusaha menyelesaikan masalah," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Bilik Gerakan PH DUN Duyong, di sini.Long Suan yang juga graduan Sarjana Muda Sains Kimia Gunaan dari Universiti Malaya dan pernah dipilih sebagai Ahli Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Terbaik 2025 berkata, setakat ini kira-kira 40 peratus kawasan Duyong sudah diliputi dalam aktiviti kempen.Jelasnya, pendekatan turun padang bukan sahaja melibatkan kunjungan dari rumah ke rumah, malah turut merangkumi pertemuan dengan orang ramai ketika mereka keluar bekerja atau menghadiri kenduri.Menurutnya, menghadiri sesuatu majlis kenduri membolehkannya bersalaman dengan kira-kira 1,000 orang, berbanding kunjungan dari rumah ke rumah selama dua jam yang mungkin hanya menemukan beliau dengan 80 hingga 100 penduduk.Bagaimanapun, katanya, jumlah individu yang ditemui bukan ukuran utama kerana perkara lebih penting ialah hubungan dan interaksi yang terjalin, termasuk melalui pandangan mata ketika berkomunikasi.Dalam pada itu, Long Suan berkata, populariti penyandang kerusi DUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih dikenali sebagai YB Helmy, khususnya di media sosial, tidak mematahkan semangatnya untuk mencabar Barisan Nasional (BN) pada PRN kali ini.Beliau mengakui ada rakan yang berkongsi mengenai populariti Mohd Noor Helmy dan mencadangkan supaya beliau bertanding di kawasan lain.Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pernah terfikir untuk berundur atau meminta pertukaran kawasan kerana yakin dengan potensi pengundi Duyong."Memang ramai kawan berkongsi dengan saya di media sosial dan bertanya, tidak bolehkah kalau tukar tempat? Tetapi seperti yang Pengerusi DAP Melaka cakap, saya tidak pernah sekali pun mahu berundur atau meminta untuk bertukar tempat," katanya.Long Suan berkata, keyakinannya untuk bertanding di kawasan itu turut bersandarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menurutnya menunjukkan sokongan lebih memihak kepada PH di kawasan berkenaan.DUN Duyong menjadi antara kerusi yang mendapat perhatian pada PRN kali ini apabila menyaksikan pertemb
PRN Melaka: Calon PH Duyong pilih 'shake hand', bukan kejar 'like'

Key takeaways
Calon PH Duyong, Poo Long Suan, menekankan pendekatan turun padang dan bersalaman dengan pengundi, menganggap interaksi bersemuka lebih penting daripada populariti media sosial, dan telah meliputi kira‑kira 40% kawasan Duyong.
- Poo Long Suan lebih fokus bersalaman dan mendengar masalah pengundi daripada mendapatkan like di media sosial.
- Beliau telah meliputi kira‑kira 40% kawasan Duyong dalam aktiviti kempen.
- Pendekatan turun padang melibatkan kunjungan rumah dan pertemuan di kenduri, membolehkan bersalaman dengan lebih ramai pengundi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- FARAH SHAZWANI ALI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian PRN Melaka: Calon PH Duyong pilih 'shake hand', bukan kejar 'like' (this story)








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2Fdcdd1306f083c6b94a7cfb86ffdb2c12.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
