Pada 21 Okt Ketua Pengarah AKSPS Shuhaily Zain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua polis di KLIA.SEPANG: Dua anggota polis yang didakwa dikasari dalam insiden di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 Sept lalu memfailkan saman sivil terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Shuhaily Zain.
Menurut kenyataan media dikeluarkan Tetuan Kamal Hisham & Associates hari ini, saman itu difailkan di Mahkamah Sesyen Sepang pada 4 Nov lalu dengan menamakan Shuhaily sebagai defendan tunggal tanpa melibatkan kerajaan.
“Hal ini adalah dengan mengambil kira bahawa kejadian kekasaran tersebut adalah semata-mata suatu perbuatan Shuhaily atas kapasiti dirinya sendiri, tanpa melibatkan pihak kerajaan Malaysia,” menurut kenyataan itu.








