KUANTAN - Bekas isteri kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, meninggal dunia.Perkhabaran duka itu dikongsikan anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib menerusi laman sosial Facebook pada Khamis.Nizar dalam hantaran itu menzahirkan rasa dukacita atas pemergian bondanya dan mengenang segala kasih sayang, pengorbanan serta doa yang dicurahkan sepanjang hayat."Terima kasih, bonda atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa sepanjang hayatmu. Tiada apa yang mampu membalas segala jasamu."Semoga Allah SWT mengampuni segala dosamu, merahmatimu dan menempatkanmu dalam kalangan penghuni Syurga Firdaus."Bonda tetap hidup dalam doa dan ingatan anakanda selamanya," katanya.Hantaran tersebut turut disertai ucapan Al-Fatihah.Allahyarhamah Tengku Puteri Zainah, 65, merupakan ibu kepada Nizar, Putri Norlisa dan Mohd Nazifuddin.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan keadaan kesihatan Tengku Puteri Zainah yang dilaporkan kritikal dan kini sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU).
Bekas isteri Najib, Tengku Puteri Zainah meninggal dunia

Key takeaways
Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, bekas isteri Najib Tun Razak, meninggal dunia pada usia 65 tahun. Maklumat dikeluarkan oleh anaknya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib, melalui Facebook.
- Tengku Puteri Zainah meninggal pada usia 65 tahun.
- Anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib, mengumumkan kematiannya di Facebook.
- Sinar Harian pernah laporkan beliau dalam keadaan kritikal di ICU.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- NORAWAZNI YUSOF
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Kahwin dua minggu, bekas isteri jalin hubungan sejenis
- Utusan Malaysia Bapa enggan terima bekas isteri
- Berita Harian Bekas isteri Najib dirawat di ICU
- Sinar Harian Bekas isteri Najib, Tengku Puteri Zainah meninggal dunia (this story)








