TANGGA BATU - Gaji RM2,000 sebulan masih belum mencukupi untuk membolehkan golongan muda dan berpendapatan rendah memiliki rumah, terutama di kawasan pembangunan pesat seperti Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput.Menyedari realiti itu, calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Paya Rumput, Datuk Azman Abidin berhasrat memperjuangkan lebih banyak projek perumahan mampu milik bagi membantu golongan B40 memiliki kediaman sendiri sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini turut mengumumkan pembinaan sebuah lagi projek perumahan rakyat di Paya Rumput tahun depan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).Bagaimanapun, beliau mahu usaha itu diperluaskan dengan mendapatkan kerjasama kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan peruntukan untuk pembinaan rumah mampu milik."Saya tidak boleh menjanjikan harga rumah akan turun begitu sahaja, tetapi apa yang boleh saya lakukan ialah memohon supaya lebih banyak projek perumahan mampu milik disediakan untuk golongan B40."Kita juga perlu melihat semula pendapatan mereka kerana dengan gaji RM2,000, saya rasa masih belum mencukupi untuk memiliki rumah di Paya Rumput," katanya dalam temu bual bersama Sinar Harian pada Khamis.Beliau berkata, usaha meningkatkan pendapatan penduduk turut perlu diberi perhatian melalui kemasukan pelaburan asing dan industri bernilai tinggi yang mampu menawarkan peluang pekerjaan serta gaji lebih baik.Katanya, hasrat menjadikan Melaka sebagai pusat kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga perlu dimanfaatkan bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri.Dalam pada itu, beliau turut memberi perhatian kepada isu banjir dan kesesakan lalu lintas yang disifatkan antara masalah utama penduduk Paya Rumput susulan pembangunan pesat kawasan berkenaan.Katanya, pertambahan kawasan perumahan dan jumlah kenderaan tidak disusuli peningkatan kapasiti sistem perparitan serta jalan raya yang mencukupi sehingga menyebabkan beberapa kawasan berdepan masalah berulang.Beliau berpandangan, penyelesaian isu trafik memerlukan perancangan jangka pendek dan panjang termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi membantu mengawal aliran lalu lintas."Kalau hendak membina jejantas atau laluan bertingkat, pelaburannya sangat besar. Jadi, kita perlu melihat kaedah lain termasuk penggunaan teknologi AI untuk membantu mengurangkan kesesakan."Pada masa sama, isu banjir memerlukan peruntukan besar dan kerjasama kerajaan negeri serta Persekutuan untuk memastikan penyelesaiannya dapat dilaksanakan," katanya.Menyentuh mengenai kelebihan yang dimilikinya, Azman berkata, pengalaman sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri membuka ruang untuk beliau menjadi penghubung antara penduduk Paya Rumput dengan kerajaan Persekutuan.Katanya, akses kepada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan pusat termasuk dalam mendapatkan perhatian terhadap
PRN Melaka: Gaji RM2,000 belum mampu beli rumah - Calon PH DUN Paya Rumput

Key takeaways
Calon PH DUN Paya Rumput, Datuk Azman Abidin, menegaskan gaji RM2,000 sebulan tidak cukup untuk membeli rumah di kawasan tersebut dan mengusulkan lebih banyak projek perumahan mampu milik serta kerjasama kerajaan negeri.
- Gaji RM2,000 dianggap tidak mencukupi untuk memiliki rumah di Paya Rumput.
- Azman minta lebih banyak projek perumahan mampu milik dengan sokongan tanah dan peruntukan negeri.
- Dia menekankan perlunya pelaburan asing dan industri tinggi untuk tingkatkan pendapatan penduduk.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Sejauh mana gaji RM2,000 mampu mengubah nasib pekerja?
- Utusan Malaysia PRN Melaka: BN yakin calon berkaliber mampu raih kemenangan
- Utusan Malaysia PRN Melaka: PH yakin mampu ubah pilihan pengundi
- Sinar Harian PRN Melaka: Gaji RM2,000 belum mampu beli rumah - Calon PH DUN Paya Rumput (this story)









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F12%2F4754873d2a5bd3e270f2a0a1a6b3f5c6.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)