Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa telah merompak seorang wanita warga emas berusia 65 tahun dengan menakut-nakutkannya bahawa dia dan ahli keluarganya akan ditembak.
Key takeaways
Seorang pemandu lori, P. Mohan Raash, 34, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan atas dua pertuduhan rompakan barangan kemas pada Disember 2025 dan September 2026.
- Pertuduhan pertama berlaku 5 Disember 2025 di Bagan Lalang, Hutan Melintang.
- Pertuduhan kedua berlaku 17 September 2026 di tadika Kampung Kamatchy Batu 9, Hutan Melintang.
- Tertuduh didakwa merompak dua mangsa dan memaksa mereka menyerahkan barangan emas.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
TELUK INTAN: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan rompakan terhadap tiga individu pada Disember 2025 dan September lalu.
Tertuduh, P. Mohan Raash, 34, membuat pengakuan tersebut selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rafidah Che Aziz.
Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa telah merompak seorang wanita warga emas berusia 65 tahun dengan menakut-nakutkannya bahawa dia dan ahli keluarganya akan ditembak.
Ketika melakukan perbuatan itu, tertuduh memaksa mangsa bersama seorang lagi wanita berusia 27 tahun menyerahkan barang kemas berupa seutas rantai emas, sepasang subang emas, seutas gelang tangan emas dan dua bentuk cincin emas.