Bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi, hadir di Mahkamah Daerah Jakarta Timur hari ini bagi memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan kes fitnah
Key takeaways
Bekas Presiden Indonesia, Jokowi, hadir di Mahkamah Daerah Jakarta Timur sebagai saksi dalam kes fitnah yang menuduhnya menggunakan ijazah palsu. Sekitar 1,200 anggota keselamatan dikerahkan dan bilik perbicaraan dibatasi kepada 80 orang.
- Jokowi memberi keterangan di mahkamah mengenai tuduhan ijazah palsu dari UGM.
- Tuduhan datang daripada Roy Suryo dan Dr Tifa, yang menuduh Jokowi tidak menamatkan pengajian.
- Kehadiran mahkamah dikawal ketat dengan 1,200 anggota keselamatan dan had 80 orang di bilik perbicaraan.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
JAKARTA: Bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi, hadir di Mahkamah Daerah Jakarta Timur hari ini bagi memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan kes fitnah membabitkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Roy Suryo, yang menuduhnya menggunakan ijazah universiti palsu.
Ketibaan Jokowi menarik perhatian orang ramai apabila sekumpulan penyokongnya berhimpun di pekarangan mahkamah untuk melihat bekas pemimpin itu.
Kira-kira 1,200 anggota keselamatan dikerahkan bagi mengawal keadaan dan memastikan prosiding berprofil tinggi itu berlangsung tanpa sebarang gangguan.
Mahkamah mengehadkan kehadiran di dalam bilik perbicaraan kepada 80 orang, manakala skrin televisyen dipasang di luar bangunan bagi membolehkan wartawan dan orang awam mengikuti prosiding berkenaan.