KUALA LUMPUR – Pendedahan terbuka mengenai kegiatan yang disyaki menyalahi undang-undang sebelum maklumat disalurkan kepada pihak berkuasa dikhuatiri memberi peluang kepada pihak terlibat menghapuskan bukti, sekali gus menjejaskan siasatan.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, tindakan mendedahkan maklumat sedemikian secara terbuka juga boleh menyebabkan pihak terbabit menghentikan kegiatan atau mengubah modus operandi bagi mengelak dikesan.Sehubungan itu, beliau meminta individu yang mempunyai maklumat atau bukti berkaitan dakwaan penyelewengan pengeluaran Pas Khas yang dikatakan membabitkan beberapa pegawai imigresen di Kuala Lumpur supaya menyalurkannya secara rasmi kepada pihak berkuasa.Katanya, maklumat boleh diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan sewajarnya diambil."JIM memandang serius dakwaan berkenaan dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku, penyalahgunaan kuasa atau pelanggaran integriti oleh mana-mana pegawai tanpa mengira pangkat dan kedudukan."Penyaluran maklumat secara terus kepada pihak berkuasa amat penting bagi memastikan kerahsiaan maklumat dan integriti bahan bukti dapat dipelihara," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Dalam pada itu, Zakaria memaklumkan seramai 849 pegawai imigresen dikenakan tindakan tatatertib secara kumulatif bagi tempoh 2023 hingga Oktober 2026, termasuk 73 pegawai yang dibuang kerja."Bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini sahaja, seramai 96 pegawai dikenakan tindakan tatatertib, termasuk 18 pegawai yang dikenakan hukuman buang kerja," katanya.Beliau berkata, statistik itu mencerminkan ketegasan JIM dalam mengambil tindakan terhadap pegawai yang didapati melakukan pelanggaran tatatertib tanpa mengira pangkat atau kedudukan."JIM sentiasa terbuka menerima maklumat berkaitan salah laku pegawai dan memberi jaminan setiap aduan akan diteliti serta disalurkan untuk tindakan mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan berkuat kuasa."JIM juga akan terus memperkukuh aspek integriti, pematuhan prosedur dan mekanisme kawalan dalaman bagi memastikan setiap urusan perkhidmatan dilaksanakan secara telus, teratur serta berlandaskan undang-undang," katanya.
Dakwaan penyelewengan Pas Khas: Imigresen minta orang ramai tampil beri maklumat

Key takeaways
Imigresen meminta orang ramai melaporkan maklumat mengenai dugaan penyelewengan Pas Khas secara rasmi kepada pihak berkuasa.
- Imigresen meminta individu melaporkan dugaan penyelewengan secara rasmi untuk memastikan siasatan berjalan lancar.
- Pihak berkuasa memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa atau kesalahan oleh pegawai.
- Sebanyak 96 pegawai imigresen dikenakan tindakan tatatertib dari Januari hingga Oktober 2023.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Kerajaan minta Myanmar jelas dakwaan rakyatnya ditahan selepas dihantar pulang
- Utusan Malaysia Tiada kompromi pegawai imigresen seleweng pengeluaran Pas Khas
- Sinar Harian Dakwaan penyelewengan Pas Khas: Imigresen minta orang ramai tampil beri maklumat (this story)
- Free Malaysia Today Jabatan Imigresen minta maklumat dakwaan penyelewengan Pas Khas







