KUALA LUMPUR: Tindakan menyebarkan maklumat berhubung kegiatan jenayah secara terbuka sebelum membuat laporan rasmi menyukarkan proses perundangan dan tindakan ke atas individu terbabit.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata pihaknya memandang serius dakwaan penyelewengan pas khas membabitkan pegawainya di ibu negara baru-baru ini.
Katanya, butiran lanjut berhubung perkara itu sepatutnya disalurkan melalui saluran rasmi supaya tindakan dapat diambil berlandaskan undang-undang.
"Pendedahan maklumat berkaitan kegiatan menyalahi undang-undang secara terbuka sebelum disalurkan kepada pihak berkuasa dikhuatiri boleh menyebabkan pihak yang terbabit menghentikan kegiatan.








