Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban berkata, Jabatan Imigresen sentiasa terbuka terima maklumat berkaitan salah laku pegawai. (Gambar Bernama)PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen meminta individu yang mempunyai maklumat atau bukti berhubung dakwaan penyelewengan pengeluaran Pas Khas membabitkan beberapa pegawainya di Kuala Lumpur, supaya tampil membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa.
Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban berkata, maklumat itu boleh disalurkan terus kepada Jabatan Imigresen atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan.
“Penyaluran maklumat secara terus kepada pihak berkuasa amat penting, bagi memastikan kerahsiaan maklumat dan integriti bahan bukti dapat dipelihara," katanya dalam kenyataan.






