TAMPARULI: Tujuh pegawai jabatan imigresen cedera selepas van dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam parit di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, van berkenaan dalam perjalanan pulang selepas menjalankan operasi penghantaran pulang pendatang tanpa izin (PTI) ke negara asal melalui Lahad Datu.
Difahamkan, seorang pegawai dilaporkan mengalami kecederaan serius, manakala enam lagi mengalami cedera ringan.
Semua mangsa dibawa ke Hospital Tuaran untuk mendapatkan rawatan lanjut.










