PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus selepas Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) membuat keputusan itu pada mesyuarat hari ini.

BNM berkata, petunjuk ekonomi terkini menunjukkan pertumbuhan global terus berdaya tahan, disokong pelaburan teknologi yang kukuh serta keadaan pasaran buruh yang stabil.

“Bagaimanapun, inflasi meningkat sedikit susulan kenaikan kos tenaga dan dijangka kekal tinggi berikutan kesan peningkatan kos terhadap harga pengguna.

“Ketidaktentuan geopolitik dijangka terus memberi tekanan kepada pertumbuhan global, khususnya dalam keadaan tekanan inflasi yang masih berterusan.