PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan penangguhan soalan kedua susulan kelewatan Ahli Parlimen Kepala Batas.Dr Siti Mastura Muhammad menjadi punca Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib tidak sempat memasuki Dewan Rakyat ketika giliran menjawab soalan ketiga pada Khamis.Menerusi kenyataan memaklumkan, Hanifah sebenarnya sudah hadir ke Parlimen dan sedang mengadakan perbincangan akhir bersama pegawai kementerian di ruang luar dewan sebagai persiapan menjawab soalan berkenaan.Menurut KKM, soalan kedua terpaksa ditangguhkan pada saat akhir susulan kelewatan Siti Mastura yang sepatutnya mengemukakan soalan tersebut."Bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif, KKM ingin memperjelaskan urutan peristiwa sebenar yang berlaku. Untuk makluman, Timbalan Menteri Kesihatan telah pun hadir ke Parlimen dan sedang mengadakan perbincangan akhir bersama pegawai kementerian di ruang luar dewan sebagai persiapan menjawab soalan ketiga."Namun begitu, soalan kedua terpaksa ditangguhkan pada saat akhir susulan kelewatan YB Kepala Batas yang sepatutnya mengemukakan soalan tersebut."Kelewatan ini menyebabkan giliran Aturan Urusan Mesyuarat melangkau terus kepada soalan ketiga secara drastik. Perubahan aliran yang mendadak ini menjadi punca utama Timbalan Menteri tidak sempat memasuki dewan tepat pada waktunya," katanya pada Khamis.Terdahulu, pihak pembangkang mempertikaikan ketidakhadiran Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Hanifah ketika soalan lisan yang dibawa Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan berkaitan isu kesihatan di Dewan Rakyat.Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan itu sebagai satu penghinaan kepada Dewan dan memalukan kerajaan. Beliau turut menuntut penjelasan kerajaan berhubung perkara berkenaan.Dalam perkembangan sama, KKM menjelaskan Dzulkefly tidak dapat berada di Dewan Rakyat kerana terikat dengan tugasan rasmi di luar kawasan."Beliau pada Khamis menghadiri Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek pembinaan Blok Wanita dan Kanak-Kanak Hospital Melaka yang disempurnakan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi," ujar kementerian itu.Dalam kenyataan sama, KKM turut memohon maaf atas kesulitan teknikal berkenaan dan menegaskan kementerian sentiasa menjunjung tinggi kemuliaan institusi Parlimen serta menghormati hak Ahli-Ahli Parlimen.Sementara itu, dalam perkembangan terkini, KKM memaklumkan Hanifah telah pun berjumpa dan memberikan jawapan terperinci berhubung persoalan yang dibangkitkan Zahir.
Soalan kedua ditangguh, Hanifah tidak sempat masuk Dewan Rakyat

Key takeaways
Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan bahawa soalan kedua ditangguhkan akibat kelewatan Ahli Parlimen Kepala Batas, menyebabkan Timbalan Menteri Kesihatan Hanifah Hajar Taib tidak sempat masuk Dewan Rakyat untuk menjawab soalan ketiga.
- Soalan kedua ditangguhkan pada saat akhir kerana YB Kepala Batas lewat mengemukakan soalan
- Hanifah sudah berada di Parlimen dan berbincang dengan pegawai kementerian di luar dewan
- Kelewatan itu menyebabkan giliran Aturan Urusan Mesyuarat melangkau terus ke soalan ketiga
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Soalan kedua ditangguh, Hanifah tidak sempat masuk Dewan Rakyat (this story)








