Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan sehingga kes selesai.KUALA LUMPUR: Dua sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cuba merompak barang kemas berjumlah RM8.2 juta milik pembekal barangan itu bulan lalu.
Jurujual Tan Kah Seng, 35, dan mekanik Tan Chien Ann, 30, didakwa bersama melakukan cubaan merompak tiga beg sandang berisi barang kemas pelbagai jenis dan bentuk milik Toung Zheng Fay, 30, bersenjatakan sebilah parang di depan sebuah hotel di Brickfields pada 10 pagi 14 Okt lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, dengan Seksyen 393 membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda, manakala Seksyen 397 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau sebat, jika sabit kesalahan.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2021%2F01%2F8ad6f03a006b1788cf136b7e572d2201.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

