MACHANG – Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita yang merupakan isteri orang pada minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 17 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa telah melakukan satu perbuatan kelucahan melampau iaitu dengan cara melondehkan seluar sehingga menampakkan kemaluan kepada seorang wanita berusia 38 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di atas jambatan Kampung Sungai Sok, Kuala Krai dekat sini kira kira pukul 1 tengah hari pada 20 Oktober 2026.