RSN Rayer menuduh Zahid Hamidi bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan Madani.KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP, RSN Rayer, menuduh Zahid Hamidi cuba mensabotaj kerajaan Madani susulan kenyataan timbalan perdana menteri itu mengenai pembatalan beberapa projek pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak.
Rayer (PH-Jelutong) berkata, kenyataan Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah (KKDW) seolah-olah menggambarkan kerajaan tidak prihatin terhadap masalah infrastruktur di kedua-dua negeri itu serta masyarakat luar bandar di Semenanjung.
Katanya, dakwaan bahawa peruntukan projek itu dikorbankan turut mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Madani, sedangkan menteri kewangan sudah menjelaskan tiada pemotongan dibuat.









