Mahkamah Rayuan berkata hukuman penjara 10 tahun yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen tidak memberikan mesej kepada orang ramai mengenai keseriusan kesalahan merogol kanak-kanak. (Gambar Reuters)PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan meningkatkan tempoh penjara bekas pekerja domestik kepada 15 tahun kerana merogol seorang kanak-kanak perempuan bawah umur, empat tahun lepas.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Azman Abdullah mengguna pakai Seksyen 60 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk meningkatkan hukuman terhadap warga Indonesia Zulpandy Rispen Effendi yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.

Azman yang bersidang bersama-sama Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz dan K Muniandy memerintahkan Zulpandy menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap, iaitu 7 Julai 2022.