KUALA LUMPUR: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan cuba merompak barang kemas bernilai RM8.2 juta, bulan lalu.
Jurujual, Tan Kah Seng, 35, dan mekanik, Tan Chien Ann, 30 mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan cubaan merompak tiga beg sandang berisi barang kemas pelbagai jenis bernilai RM8.2 juta milik Toung Zheng Fay, 30, bersenjatakan sebilah parang, di hadapan sebuah hotel di Brickfields, pada 10 pagi, 14 Oktober lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 393 dan 397 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.









