Kuala Lumpur: Empat inisiatif berkaitan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi Belanjawan 2027 mencerminkan komitmen kerajaan membantu peminjam mengikut kemampuan kewangan, selain memastikan kelestarian dana pembiayaan pendidikan negara terus terpelihara.
Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, berkata inisiatif berkenaan merangkumi penangguhan bayaran balik bagi peminjam berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan, bayaran balik minimum RM50 bagi mereka yang berpendapatan antara RM2,501 hingga RM3,000 sebulan; diskaun 10 peratus kepada peminjam yang membuat bayaran secara konsisten tanpa tungga kan serta potongan cukai kepada majikan yang membayar balik pinjaman PTPTN bagi pihak pekerja.








