SHAH ALAM: Malaysia Aviation Group (MAG) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyantuni 255 penghuni di tiga rumah kebajikan kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi program kesukarelawanan tahunan kumpulan itu.
Program membabitkan 200 sukarelawan membabitkan barisan pengurusan kanan dan kakitangan MAG itu merangkumi aktiviti penambahbaikan kemudahan, keceriaan persekitaran, rekreasi serta pembelajaran bagi mewujudkan suasana lebih selesa kepada penghuni.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Nasaruddin A Bakar, berkata tiga rumah kebajikan terbabit ialah Rumah Seri Kenangan Cheras yang menempatkan 170 warga emas, Taman Sinar Harapan Ziyad Zolkefli Cheras dan Rumah Kanak-Kanak Mini Cheras yang menempatkan keseluruhan 85 kanak-kanak.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F09%2Ff11e7960629ab97caf894a805e8faba4.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
