KUALA LUMPUR: CUCKOO International (MAL) Berhad (CUCKOO Malaysia) mahu memperluas capaian kepada lebih banyak isi rumah di negara ini, selain membuka peluang kepada lebih ramai individu untuk berkembang menerusi ekosistem perniagaannya selepas 12 tahun beroperasi.
Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Hoe Kian Choon berkata, aspirasi itu antaranya diterjemahkan menerusi Struktur Rakan Niaga Jualan Bersekutu (ASP) yang dilancarkan pada 1 Oktober lalu.
Katanya, pembukaan platform berkenaan kepada lebih banyak perniagaan bebas serta peluang kepada orang ramai menyertai pasukan jualan ASP akan memperkukuh rangkaian pelbagai saluran syarikat.
“Dua belas tahun lalu, kami menanam benih dengan impian sederhana untuk membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.










