KUALA LUMPUR - Peruntukan bidang kuasa rentas sempadan di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 memberi asas perundangan lebih jelas kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pelaku jenayah siber yang beroperasi dari luar negara.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, peruntukan itu membolehkan tindakan undang-undang diambil sekiranya kesalahan dilakukan melibatkan sistem di Malaysia atau mangsanya merupakan warganegara negara ini."Jenayah siber dan penipuan dalam talian kini tidak lagi terbatas oleh sempadan geografi apabila sindiket boleh beroperasi dari luar negara menggunakan infrastruktur digital, teknologi kecerdasan buatan (AI) serta penyamaran identiti untuk menyasarkan mangsa di Malaysia."Peruntukan bidang kuasa rentas sempadan ini memberikan asas perundangan yang lebih jelas bagi membolehkan tindakan siasatan dan penguatkuasaan dilaksanakan terhadap pelaku yang berada di luar negara," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Media sebelum ini melaporkan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penjenayah siber yang beroperasi di luar negara, sekiranya jenayah dilakukan membabitkan sistem di Malaysia atau mangsanya merupakan warganegara Malaysia.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan Fasal 2 Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026, membolehkan tindakan undang-undang dikenakan terhadap pelaku di luar negara seolah-olah kesalahan berkenaan dilakukan di Malaysia.Beliau menjawab soalan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol), yang ingin tahu sama ada kerangka perundangan sedia ada berkaitan jenayah siber, memadai menangani penipuan dalam talian berasaskan kecerdasan buatan (AI) termasuk penyamaran identiti, deepfake dan manipulasi digital, serta apakah peruntukan khusus yang diperkukuh bagi mempercepat tindakan terhadap sindiket dan melindungi mangsa.Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, RUU yang diluluskan Parlimen pada Julai, digubal bagi memansuhkan Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563), selain menangani jurang perundangan termasuk jenayah siber rentas sempadan dan penyalahgunaan teknologi AI.Dalam pada itu, beliau berkata, JSJK turut menyambut baik pengukuhan kuasa penyiasatan berkaitan pemeliharaan dan penzahiran data, pengumpulan data trafik serta pemintasan komunikasi bagi menangani jenayah siber."Pengukuhan perundangan itu diyakini dapat meningkatkan keberkesanan siasatan selain memperkukuh usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras sindiket penipuan dalam talian."Langkah ini juga mampu memberikan kesan pencegahan kepada penjenayah yang beranggapan mereka boleh berlindung di sebalik sempadan negara atau teknologi digital," katanya.Beliau berkata, JSJK kekal komited memastikan ruang siber tidak dijadikan tempat perlindungan bagi penjenayah.Jelasnya, usaha memerangi jenayah siber memerlukan perundangan yang relevan, keupayaan penguatkuasaan responsif serta kerjasama antara agensi dan ne
Pelaku jenayah siber luar negara boleh dikenakan tindakan

Key takeaways
Peruntukan bidang kuasa rentas sempadan dalam RUU Jenayah Siber 2026 membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelaku siber luar negara yang melibatkan sistem atau mangsa Malaysia. Penguatkuasaan ini memberi asas undang-undang lebih jelas.
- RUU Jenayah Siber 2026 memperluas kuasa rentas sempadan bagi tindakan siber luar negara.
- Pengarah JSJK menegaskan tindakan boleh diambil jika sistem atau mangsa Malaysia terlibat.
- Timbalan PM menegaskan peruntukan Fasal 2 membolehkan tindakan seolah-olah kesalahan berlaku di Malaysia.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Penjenayah siber luar negara boleh dikenakan tindakan
- Sinar Harian Pelaku jenayah siber luar negara boleh dikenakan tindakan (this story)







