Istanbul: Malaysia akan membangkitkan isu konflik berterusan di Gaza pada Forum TRT World 2026 yang berlangsung esok, dengan keyakinan Turkiye menjadi penggerak utama mencari penyelesaian terhadap konflik berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Turkiye berpotensi memainkan peranan dalam usaha mencari penyelesaian terhadap konflik berkenaan.

Beliau berkata, situasi di Gaza masih belum menemui penyelesaian, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap usaha menamatkan konflik itu.

"Turkiye mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan berada pada kedudukan untuk mempengaruhi bukan sahaja Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, malah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.