Tokyo: Presiden Persatuan Bolasepak Jepun (JFA), Kozo Tashima, mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada pemilihan Mac tahun depan.
Tashima mengumumkan hasrat itu ketika ditemu bual Sports Nippon hari ini, sekali gus berpotensi mencabar penyandang, Gianni Infantino yang turut memburu penggal baharu.
Infantino sebelum ini berdepan tentangan susulan cadangannya pada Julai lalu untuk membawa masuk pelabur swasta ke dalam sebuah entiti komersial baharu FIFA yang akan memegang hak berkaitan beberapa kejohanan termasuk Piala Dunia.
"Saya bersyukur kerana dapat membuat pengumuman ini dengan sokongan penuh JFA," kata Tashima.








