TOKYO: Presiden Persatuan Bolasepak Jepun (JFA), Kozo Tashima mengumumkan akan bertanding mencabar Gianni Infantino bagi jawatan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada pemilihan Mac tahun depan.

Infantino yang menyasarkan penggal baharu berdepan tentangan susulan langkahnya pada Julai lalu yang gagal membawa pelabur swasta ke dalam entiti komersial baharu FIFA yang memegang hak berkaitan beberapa pertandingan termasuk Piala Dunia.

Tashima berkata, keputusan untuk bertanding dibuat dengan sokongan penuh JFA bagi membawa nilai yang diterapkan dalam bola sepak Jepun ke peringkat antarabangsa.

"Saya bersyukur dapat membuat pengumuman ini dengan sokongan penuh JFA.