H: Ringgit terus mengukuh selepas BNM kekalkan OPR pada 2.75%
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada penutupan dagangan Khamis, susulan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.
Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bank pusat yang terakhir bagi tahun ini, hari ini.
Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.0445/0490 berbanding dolar AS daripada 4.0610/0660 ketika ditutup pada Rabu.








