KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus, selain petunjuk positif daripada Wall Street.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 19.30 mata, atau 1.19 peratus, kepada 1,635.86 berbanding paras penutup 1,616.56 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 6.72 mata kepada 1,623.28, dan bergerak turun naik antara paras tertinggi intra harinya pada 1,642.44 serta paras terendah intra harinya pada 1,622.62 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Bagaimanapun, suasana pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter sebanyak 723 berbanding 497, manakala 466 kaunter tidak berubah, 1,075 kaunter tidak diniagakan, dan 10 kaunter digantung.