KUALA LUMPUR: Aksi polis mengejar Perodua Axia yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan di Setapak, awal pagi tadi, tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman, berkata kejadian kira-kira jam 2 pagi itu berlaku ketika anggota kereta peronda Balai Polis Setapak menjalankan rondaan cegah jenayah di Jalan Usahawan 6.

Katanya, anggota polis mengesan sebuah Perodua Axia berwarna jingga dalam keadaan mencurigakan dengan enjin masih hidup.