ISTANBUL: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menasihatkan jentera parti khususnya di peringkat akar umbi supaya lebih berhemah dan bijaksana sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ahmad Zahid berkata, beliau mendapati kempen pilihan raya bukan sahaja semakin sengit antara kedua-dua pihak, malah turut menyaksikan pertelingkahan yang sepatutnya tidak berlaku.

"Walaupun kedua-dua pihak sudah menjelaskan isu titik bengik yang tiada kaitan dengan PRN Melaka tidak sepatutnya dibangkitkan, namun perkara itu tetap dibangkitkan.

"Bagi saya dan pengerusi gabungan di pihak satu lagi, kami amat menghormati perkara yang sudah dipersetujui bersama.