MCA berisiko dilihat sebagai 'penumpang' sekiranya tewas di Kota Laksamana dan Bandar Hilir, kata penganalisis. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Penyerahan Kota Laksamana dan Bandar Hilir kepada MCA dipercayai tidak memberi sebarang kelebihan strategik kepadanya, memandangkan penghalang utama kemenangan parti penyandang iaitu DAP masih Perikatan Nasional, menurut penganalisis.

Malah, Wong Chin Huat daripada Sunway University berkata MCA berisiko dilihat sebagai 'penumpang' sekiranya tewas di dua kerusi majoriti pengundi Cina itu.

Wong Chin Huat."Kerana dilihat tidak berpeluang menandingi DAP, PN dan PAS kini menjadi penghalang utama DAP di kawasan majoriti Cina," katanya.

Kelmarin, Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh menjelaskan bahawa faktor boleh menang serta hasil kajian teliti di lapangan menjadi asas keputusan BN dan PN menyerahkan Kota Laksamana dan Bandar Hilir kepada MCA.